Akademi Kecemerlangan MARA telah mengadakan sambutan Hari Inovasi bagi tahun 2025. Majlis perasmian sambutan Hari Inovasi kali ini, telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Ani Mardiah binti Azmin, pengarah AKM.
Dalam ucapannya, Puan Ani Mardiah berharap agar seluruh warga AKM terus menyemai budaya inovasi, berani mencetus idea baharu serta bekerjasama dalam memperkasa kualiti perkhidmatan demi kecemerlangan organisasi MARA pada masa hadapan.
Sambutan Hari Inovasi ini bukan sahaja menjadi medan menghargai idea dan kreativiti warga AKM,malah turut diraikan dengan penyampaian beberapa kategori anugerah khas.
Sijil penganugerahan telah disampaikan oleh Puan Ani Mardiah, sebagai simbol penghargaan atas sumbangan dan dedikasi warga kerja AKM sepanjang tahun 2025.