Akademi Kecemerlangan MARA (AKM) berperanan sebagai pusat pembangunan kompetensi yang komprehensif, selaras dengan keperluan industri dan landskap profesional semasa. AKM menyediakan platform pembelajaran berstruktur yang memfokuskan kepada peningkatan kemahiran teknikal, kepimpinan, pengurusan, serta pembangunan profesional berterusan.
Melalui program latihan yang dirangka secara strategik, AKM memastikan peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan teori, malah mampu mengaplikasikan kemahiran secara praktikal dan berkesan. Pendekatan latihan yang berorientasikan hasil ini disokong oleh tenaga pengajar berpengalaman, fasiliti moden, serta kandungan latihan yang relevan dan terkini.
Sebagai pemacu pembangunan modal insan, AKM komited dalam melahirkan individu yang kompeten, berdaya saing, dan bersedia menghadapi cabaran global, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi dan pembangunan negara.
Penyertaan peserta dalam setiap Program Teras adalah mandatori untuk setiap gred tanpa mengira skim perkhidmatan. Perlaksanaan program bertujuan untuk memenuhi kompetensi yang mesti ada dalam setiap peringkat gred perkhidmatan. Ia merupakan pengukur utama kompetensi latihan dalam menentukan kemajuan kerjaya setiap warga MARA. Penyertaan di dalam Program Teras merupakan merit kepada peserta dalam kemajuan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi.
Kompetensi di bawah Program Fungsian menjurus kepada keperluan setiap peserta dalam melaksanakan peranannya mengikut gred skim dan bidang tugas dalam Sektor atau Bahagian peserta ditempatkan bertugas. Penyertaan peserta dalam program ini sangat digalakkan supaya pelaksanaan tugasan di lapangan dapat disempurnakan dengan lebih berkesan.
Ia merangkumi program-program bersifat nilai tambah kepada kemahiran sama ada berkaitan tugas hakiki atau sebaliknya. Penganjuran program ini lebih bersifat untuk melahirkan warga MARA yang versatile, multitasking, berkemahiran, berpengetahuan dari segi fizikal dan spritual.

Pendekatan 3Cs dalam melaksanakan program mampu membentuk perwatakan warga MARA ke arah kecemerlangan kerjaya bagi menunjangi visi dan misi MARA dalam mengangkat martabat bangsa.
Pelaksanaan dan penganjuran program adalah menerusi dua kluster utama iaitu PEMBANGUNAN BAKAT yang dilaksanakan oleh Bahagian Sumber Manusia serta PEMBANGUNAN KOMPETENSI yang dilaksanakan melalui Akademi Kecemerlangan MARA (AKM)
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Date: 11 September 2021 Location : Oxsity Grand Hall Ticket : $10.00

Date : 23 December 2021 Location : Oxsity Grand Hall Ticket : $12.00

Date: 11 September 2021 Location : Oxsity Grand Hall Ticket : $10.00

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus luctus nec ullamcorper mattis pulvinar dapibus.
Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus luctus nec ullamcorper mattis pulvinar dapibus.

Date: 11 September 2023 Location : Oxsity Grand Hall Ticket : $10.00
Hak Cipta Terpelihara © 2026 AKADEMI KECEMERLANGAN MARA