Sebuah pusat latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat yang beroperasi sejak tahun 2009 dan menawarkan latihan berbentuk kerjasama berpasukan, jati diri, dan kepemimpinan.
Terletak di daerah Lenggong yang kaya dengan 1001 sejarah (pembentukan geologi, ketamadunan manusia prasejarah, tapak budaya & warisan) juga telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan dan Tapak Warisan Dunia (UNESCO).
Kemudahan fasiliti yang tersedia lengkap dengan pelbagai elemen menjadikan PUSKEP antara pusat latihan yang mampu menyediakan program yang berstruktur menepati nilai tambah yang dikehendaki oleh sesebuah organisasi.


Menyediakan latihan yang menjadi nilai tambah berkeperluan untuk sesebuah organisasi. Antara program yang ditawarkan seperti kerjasama berpasukan, jati diri, kepimpinan dan kerohanian.
Modul – modul yang digunakan adalah sesuai dengan pelbagai peringkat umur dan latarbelakang peserta.
Jurulatih PUSKEP adalah kakitangan yang terlatih, berpengalaman dan kompeten dalam bidang rekreasi. Setiap jurulatih mempunyai kepakaran yang diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mengendalikan aktiviti dengan S.O.P dan panduan yang ditetapkan.
Meningkatkan dan memperkembangkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepimpinan pelajar / peserta melalui experiental learning activities.
Memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan tolenrasi dikalangan para peserta.
Pusat Kepimpinan Pelajar MARA Lenggong, menjadi pilihan utama dalam melaksanakan program-program/ aktiviti yang berkonsepkan Pembelajaran Melalui Pengalaman "Experiental Learning", memupuk semangat patriotik, jati diri, motivasi rohani & jasmani.
Meningkatkan sensitiviti dan penghargaan/ penghayatan terhadap alam semulajadi.
Memupuk nilai-nilai Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik (S.I.K.A.P) melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar kreativiti, daya tahan mental dan fizikal.
Menekankan pembinaan & pemantapan sahsiah diri yang merangkumi aspek emosi, jasmani, rohani, serta intelek
Memupuk serta meningkatkan semangat intergrasi nasional dan patriotisme
Pusat Kepimpinan Pelajar MARA Lenggong, menjadi pilihan utama dalam melaksanakan program-program/ aktiviti yang berkonsepkan Pembelajaran Melalui Pengalaman "Experiental Learning", memupuk semangat patriotik, jati diri, motivasi rohani & jasmani.
Menjadi sebuah pusat/kem pengajian alam semulajadi & kokurikulum serta Pusat pembelajaran luar (Outdoor Education Center) yang mempunyai ciri-ciri unggul dan terbeza
Hak Cipta Terpelihara © 2026 AKADEMI KECEMERLANGAN MARA