AKM ditubuhkan untuk menyediakan prasarana latihan yang kondusif dengan struktur program latihan yang komprehensif bagi meningkatkan tahap kompetensi setiap lapisan warga MARA melalui pengukuhan 3Cs.
Merancang dan melaksanakan latihan yang memberi tumpuan kepada peningkatan pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan asas bersifat generik kepada pelbagai skim perkhidmatan.
Merancang dan melaksana latihan yang bersifat fungsian bagi meningkatkan kompetensi fungsian berdasarkan kepada Kumpulan Pelaksana kecuali Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Menjalin kerjasama strategik pembangunan modal insan MARA.
Memastikan 100 peratus warga kerja MARA dapat mengikuti latihan dalam menyediakan penyampaian MARA yang lebih mantap dan efisien serta mendokong visi dan misi MARA.
Program dijalankan merangkumi semua kluster yang terlibat.

Membangun dan menyediakan latihan kepada semua warga kerja MARA meliputi 555 pusat pentadbiran MARA dalam dan luar negara.
Merancang dan melaksanakan kepelbagaian program pembangunan yang berterusan khususnya berteraskan 3Cs : Character, Capacity and Capability (Karakter, Kapasiti dan Keupayaan) agar setiap warga kerja MARA sentiasa kompetan dan melangkaui ekspektasi pelanggan dalaman dan luaran MARA.
Merangka, merancang dan melaksana program-program pembangunan kompetensi khusus kepada warga MARA di dalam TALENT POOL (Kelompok Berbakat) bagi tujuan Pelan Penggantian dan Kemajuan Kerjaya sebagai pelapis kepimpinan MARA masa hadapan.
Merancang dan melaksanakan program kemajuan kerjaya melalui peluang pengajian di dalam dan luar negara.
Merancang dan melaksanakan program-program pensijilan profesional melalui kolaborasi institusi pakar dalam dan luar negara.
Mengenalpasti TALENT bagi tujuan pembangunan kompetensi berasaskan empat kuadran.
Merupakan sebuah agensi sosio-ekonomi yang memikul amanah untuk melaksanakan pembangunan dan agenda Bumiputera. MARA menawarkan program-program pembangunan modal insan yang komprehensif merangkumi semua skim perkhidmatan dalam MARA.

Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa.
Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera.












Hak Cipta Terpelihara © 2026 AKADEMI KECEMERLANGAN MARA