Sesi Townhall Bersama Pengarah AKM, Puan Ani Mardiah binti Azmin, telah berlangsung dengan penuh bermakna. Dalam sesi ini, Pengarah menyampaikan pelbagai amanat, hala tuju serta tugasan penting sebagai panduan dan tanggungjawab bersama yang perlu digalas oleh seluruh warga AKM bagi tahun 2026.
Sesi ini turut diserikan dengan pengangkatan Ikrar Integriti MARA oleh warga AKM sebagai tanda komitmen bersama dalam memelihara nilai integriti, akauntabiliti dan profesionalisme dalam setiap amanah yang dipertanggungjawabkan.
Semoga segala perkongsian dan penekanan yang diberikan menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi, penyatuan komitmen serta pencapaian sasaran organisasi secara berfokus dan berterusan.