Institute for Sustainable Entrepreneurship Malaysia

BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PEMURNIAN MODUL DALAMAN SEKTOR KEUSAHAWANAN MARA

Bengkel Pemurnian & Pembangunan Modul Keusahawanan Siri 1 telah berlangsung pada 19–21 Mac 2025 di Hotel Premeira Kuala Lumpur di bawah kendalian Institute for Sustainable Entrepreneurship Malaysia (ISER), Akademi Kecemerlangan MARA. Program ini menghimpunkan para pemikir, tenaga pengajar serta pakar kandungan MARA dari pelbagai sektor dalam satu sesi kolaboratif bagi menambah baik dan memperkukuh modul latihan keusahawanan MARA. Melalui bengkel ini, modul yang dibangunkan menjadi lebih komprehensif, relevan dan selaras dengan keperluan semasa, sekali gus menyokong usaha melahirkan usahawan Bumiputera yang lebih berdaya saing dan mampan. 

Bengkel Pemurnian & Pembangunan Modul Keusahawanan Siri 2 Perkukuh Kualiti Latihan MARA 

Bengkel Pemurnian & Pembangunan Modul Keusahawanan Siri 2 telah berlangsung pada 15–17 April 2025 di Hotel Premeira Kuala Lumpur di bawah kendalian Akademi Kecemerlangan MARA. Program ini turut mendapat suntikan aspirasi daripada Encik Yahaya Bin Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, manakala Dr. Shahrizin Bin Hj Abdul Sarhadat, Pengarah MARA Negeri Sabah, berkongsi pengalaman serta mengendalikan latihan simulasi modul Achievement Motivation Training (AMT). Melalui bengkel ini, diharapkan modul keusahawanan MARA terus diperkasa dengan pendekatan yang lebih komprehensif, relevan dan berimpak tinggi, sekali gus menyokong usaha melahirkan usahawan Bumiputera yang lebih berdaya tahan dan kompetitif.

Pemantapan Pegawai Sektor Keusahawanan Peringkat Asas Siri 1 2025 Melahirkan Pegawai Berwibawa, Memacu Ekosistem Keusahawanan MARA

Kursus Pemantapan Pegawai Sektor Keusahawanan MARA Siri 1 2025 telah berjaya berlangsung di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh dengan penyertaan seramai 30 orang pegawai daripada PMD dan PPMD seluruh negeri pada 13 hingga 16 Mei 2025. Program asas ini dirangka untuk memantapkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman pegawai mengenai peranan strategik mereka dalam membimbing usahawan Bumiputera di peringkat akar umbi. Melalui kursus ini, MARA terus komited melahirkan pegawai yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memperkasa pembangunan usahawan secara lebih efektif dan berkesan. 

Pemantapan Pegawai Sektor Keusahawanan Peringkat Asas Siri 2 2025 Memperkasa Barisan Pegawai MARA Untuk Masa Depan Keusahawanan Bumiputera

Kursus Pemantapan Pegawai Sektor Keusahawanan MARA Siri 2 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 17 hingga 20 Jun 2025 di Hotel Mercure Selayang, Selangor dengan penyertaan seramai 30 orang pegawai daripada Pegawai MARA Daerah (PMD) dan Penolong Pegawai MARA Daerah (PPMD) seluruh negeri. Program asas ini memberi fokus kepada pemantapan ilmu, kemahiran dan kefahaman pegawai berkaitan peranan penting mereka dalam membimbing usahawan Bumiputera di peringkat daerah. Penganjuran kursus ini menegaskan komitmen MARA untuk melahirkan pegawai yang kompeten, berdaya tahan dan mampu memacu pembangunan usahawan secara lebih strategik, efisien dan berimpak tinggi. 

PMD ELEVATE PROGRAMME PERKASA PEGAWAI SEKTOR KEUSAHAWANAN MARA

PMD Elevate Programme telah berlangsung dari 14 hingga 17 Oktober 2025 di Hotel Prescott Kuala Lumpur, melibatkan pegawai-pegawai MARA baharu yang ditempatkan di Pejabat MARA Daerah seluruh negara. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab pegawai dalam melaksanakan amanah MARA di peringkat daerah. Majlis Penutup disempurnakan oleh Pengarah MARA Wilayah Persekutuan, Tuan Syed Saifuddin Bin Syed Ahmad, yang berharap agar peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan MARA kepada masyarakat.

PROGRAM PEMANTAPAN PEGAWAI SEKTOR KEUSAHAWANAN MARA PERINGKAT PERTENGAHAN 2025 (Certified MARA Entrepreneurship Officer – CME)

Program Pemantapan Pegawai Sektor Keusahawanan MARA Peringkat Pertengahan 2025 (Certified MARA Entrepreneurship Officer – CME) telah berjaya dilaksanakan selama empat hari tiga malam di Akademi Kecemerlangan MARA (AKM) dengan penyertaan 47 pegawai terlibat secara langsung dalam sektor keusahawanan daripada BPU, BPN dan BIK. Peserta dipilih berdasarkan prestasi cemerlang dalam penilaian peringkat asas sebelum ini, dengan tujuan memperkukuh keupayaan dan kompetensi mereka dalam memacu pembangunan usahawan Bumiputera secara strategik dan mampan, selaras dengan usaha MARA melahirkan barisan pegawai keusahawanan yang berilmu dan berdaya saing.

RTD WAY FORWARD RISE

TOT MARA-EDII BEGINNER 2025

KURSUS PEMPROFILAN AMT

𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐢𝐧𝐠 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐕𝐚𝐥𝐮𝐞 𝐓𝐡𝐫𝐨𝐮𝐠𝐡 𝐄𝐒𝐆 – 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧

Program Transforming Business Value Through ESG anjuran Institute for Sustainable Entrepreneurship (ISER) di bawah Akademi Kecemerlangan MARA telah diadakan pada 12 Ogos 2025 di Ideas Hotel Kuala Lumpur, menghimpunkan pengurusan Pejabat MARA Negeri dan wakil bahagian sektor keusahawanan bagi mendalami prinsip serta penilaian ESG secara praktikal. Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Puan Lailatul Asmah Binti Mohd Tahir, yang berharap agar ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh pegawai MARA dalam membimbing usahawan untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan ESG, sekali gus memacu pembangunan ekosistem perniagaan yang lebih mampan dan berdaya saing.

Be part of Malaysia's leading research

Join Our Mission to Cultivate Innovative and Sustainable Entrepreneurs